YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Masuk Asrama :)

Hai dan Assalamualaikum :)
Gembira gila harini sebab dapat tahu yang aku dapat masuk asrama . Kekawan aku lagi tiga orang pun dapat  juga , Tempat yang sama pula tu . Minggu depan , 13 Februari 2013 dah kena daftar masuk ke MRSM Pontian . Tak sabar gila siaa nak masuk asrama . Tapi perasaan sedih pun ada juga dalam diri aku . Yalah , first time kena tinggal sendiri . Tak apa , ini untuk aku punya ,asa depan juga . Kenalah korbankan diri sikit berjauhan ngan keluarga . Bukannya jauh sangat , Pontian je . Lebih kurang 1 jam perjalanan dari Taman Perling . Kesian  kawan aku , Hadi . Sesorang je dekat MRSM Johor Bahru . HAHAHA . Biarlah dia . Siapa suruh dia ambil program lain . Okay , sampai sini je  . Bye . Assalamualaikum .

PMR Result

Hai , Assalamualaikum :)
Dah lama aku tak update blog aku . Malaslah . Cuti sekolah dah nak ke penghujung , tak best nya cuti kali ni  . Tak pergi melancong mana mana .

Berbalik kepada tajuk , esok 19 Disember 2012 . Esok hari yang dinanti nantikan oleh batch 97 kerana esok result PMR diumumkan . Jadi aku ucapkan Selamat Berjaya kepada korang semua agar korang dapat result yang korang idamkan . Mesti korang idamkan straight A's kan ? Siapa je tak nak dapat keputusan yang cemerlang . Kalau tak salah aku result tu aku diumumkan pukul 10 esok . InsyaAllah korang dapat result yang cemerlang . Doa banyak banyak dan buat solat hajat . Masih ada masa untuk berdoa kepada Allah SWT agar korang dapat result yang cemerlang .

Legoland Malaysia :)

Assalamualaikum :) 
 Hye semua , aku dah habis UPSR .Aku bebas UPSR . Aku bebas untuk buat apa yang aku mahu di sekolah . Muahahaha ! Menurut tajuk , korang semua mesti dah tahu yang Legoland Malaysia dah buka . Jadi , pada hari Jumaat yang lalu aku dan beberapa orang pelajar sekolah aku pergi Legoland . Itu pengalaman yang sangat menyeronokkan .Sehari selepas UPSR , kitorang terus pergi situ . Melepaskan tension katakan . Yang lebih menyeronokkan , aku ngan kawan kawan pergi ke sana tanpa membuat apa apa bayaran pun .Tiket free wuii .  Kitorang berada dekat sana hampir setengah hari daripada pukul 10.20 a.m. hingga pukul 8.00 p.m. Semua permainan yang ada dekat sana , aku naik . Aku naik The Dragon dengan Project X sampai 3,4 kali . Ia pengalaman yang sangat menyeronokkan bagi kita . Bahasa pasarnya ialah Best Gila ! Sampai di sini saja lah . Assalamualaikum .